ABOUT ME |
LATAR BELAKANG SEKOLAH
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah ini dinamakan ‘Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu bersempena dengan nama taman ini, Taman Bersatu. Taman ini mempunyai ramai penduduk yang masing-masing menjalankan tanggungjawab dan bersatu padu dalam apa juga program yang dianjurkan.
OBJEKTIF SEKOLAH
PIAGAM SEKOLAH
Kami warga Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:

- Mendidik dan membantu murid-murid dalam perkembangan fikiran, moral, rohani dan jasmani demi melahirkan insan yang sempurna dan harmonis.
- Membawa dan mewujudkan iklim sekolah yang sihat dan kondusif.
- Menyediakan suasana pembelajaran dan pengajaran yang kondusif untuk melahirkan murid yang berpotensi, proaktif, kreatif dan kritis.
- Mewujudkan budaya sekolah ke arah masyarakat berdisiplin, berdikari, penyayang, harmoni dan patriotik.
PIAGAM SEKOLAH
Kami warga Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:
- Memastikan murid-murid sekolah ini mendapat pelajaran dan pendidikan semaksima mungkin dengan menyelesaikan masalah 3M (membaca, menulis dan mengira) setelah tamat Tahun 6.
- Meningkatkan prestasi kurikulum dan kokurikulum murid ke tahap membanggakan di samping memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
- Memastikan segala keperluan asas prasarana pendidikan disediakan dengan sempurna.
- Memastikan semua urusan peperiksaan dengan penilaian dilaksanakan dengan cekap, adil, amanah dan sah.
- Memastikan sekolah sentiasa peka dan responsif kepada kehendak pelanggan.
- Sentiasa memberi layanan dan perkhidmatan kaunter yang mesra.
- Menentukan segala surat dari KPM, JPNK dan PPD Kota Setar serta lain-lain agensi diberi jawapan dalam masa 2 hari dari tarikh yang diperlukan.Sentiasa bersedia dan sanggup menerima cadangan, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan
LENCANA SEKOLAH
WARNA :
Merah - Melambangkan keberanian menghadapi
cabaran.
Putih - Bersih dan menjalankan tugas dengan jujur
dan amanah
.
Hitam - Membuat keputusan yang tetap dan tegas
Kuning Emas - Kecemerlangan dan menjadi contoh kepada
keluarga dan masyarakat amnya.
MOTO SEKOLAH
Sukses,komited,Taqwa dan Bakti
SLOGAN SEKOLAH
Cemerlang dan Berwatak
SLOGAN KERJA
Sepakat Membawa Berkat
NILAI SEKOLAH
Kerja Sebagai Ibadah berteraskan prinsip Kesungguhan, Sabar dan Ikhlas.

Penafian: Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Mana-mana agensi yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen yang disyorkan oleh Sekolah Kebangsaaan Taman Bersatu, 06600 Kuala Kedah, Alor Setar Kedah.
::: Dibangunkan oleh: Jawatankuasa Pembestarian Sekolah SKTB :::
::: Dibangunkan oleh: Jawatankuasa Pembestarian Sekolah SKTB :::